Berita  | Drebar

Warna tambahan untuk Honda Jazz – ‘Carnival Red’!


Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) mengumumkan yang Honda Jazz sekarang menampilkan warna merah baharu (Carnival Red) sebagai pilihan tambahan.

Mengikut kajian, warna merah dikaitkan dengan perasaan segar, ceria dan muda yang juga diharap dapat memenuhi citarasa pembeli Jazz. Mengikut Yoichiro Ueno, pengarah urusan dan CEO HMSB, mereka mendapati model Jazz semakin mendapat tempat di hati pembeli berumur muda termasuk penuntut institutusi pengajian tinggi.
Selain daripada tambahan warna merah ini kepada pilihan sedia ada iaitu putih (Tafetta White), perak (Tinted Silver), hitam (Crystal Black Pearl) dan Modern Steel Metallic, varian S Honda Jazz ini turut diberikan gril hadapan dalam kemasan hitam berkilat bersama kesan krom dan cermin sisi boleh ubah secara kawalan motor (menyamai varian-varian E dan V).

Spesifikasi lain seperti output enjin, kotak gear dan ciri-ciri keselamatan tidak berubah.

Setelah dilancarkan pada Julai 2014, HMSB sudah menjual 26,126 unit Jazz generasi ke-3 setakat 31 Disember 2015.

HMSB menjangka akan dapat menjual 200 unit Jazz di dalam warna baharu ini setiap bulan.

Tag: Honda, HMSB, Jazz,