Tutup

Berita  | Drebar

TC Euro cars kekalkan harga Renault untuk tahun 2016


TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan bahawa ia tidak akan menaikkan harga Renault untuk tahun 2016 biarpun tukaran mata wang asing menaikkan lagi kos import serta pemasangan (bagi model Fluence) bagi pihak mereka.

“Walaupun kami tidak imun terhadap cabaran yang terpaksa dihadapi oleh industri automotif, kami tetap berbesar hati untuk mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga biarpun di sebalik persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan ini. Dengan perancangan rapi, mengoptimumkan kecekapan operasi dan langkah-langkah pengurusan kos yang dijalankan oleh syarikat, kami mampu menguruskan kos demi pelanggan buat masa sekarang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Sedan empat pintu Renault Fluence Expression dan Dynamique pemasangan tempatan dengan enjin 2.0-liter akan terus ditawarkan pada harga RM108,888 dan RM119,888 seunit.
Model hatch lima pintu Renault Clio GT Line dengan enjin pengecas turbo yang merupakan model CBU dari Turki kekal pada harga RM118,000 seunit. Bagi model Captur pula, SUV kompak yang diimport dari Sepanyol ini dijual pada harga RM123,000 seunit.

Senarai harga rangkaian model Renault untuk tahun 2016 adalah seperti berikut: