Tutup

Berita  | Drebar

Subaru Forester sekarang dipasang di Malaysia


Baru-baru ini pengeluar kereta Subaru iaitu Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) telah memulakan pemasangan CKD bagi model Forester di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn. Bhd. (TCMA). Untuk meraikan peristiwa ini, sebuah acara ‘line-off’telah diadakan di kilang tersebut dan dihadiri oleh pengarah eksekutif TC Subaru Sdn. Bhd. Reza Mutalib serta timbalan presiden FHI Jun Kondo.

Model Forester bukan kenderaan pertama yang dipasang kilang ini. Sebelum ini, model XV telah memulakan program CKD Subaru yang bermula pada Disember 2012. TCS bercadang untuk memasang 10,000 unit Forester setiap tahun.
Penjualan Forester pemasangan tempatan ini akan bermula tidak lama lagi untuk pasaran-pasaran Malaysia, Thailand dan Indonesia melalui rangkaian jualan Subaru yang diuruskan oleh Tan Chong International.

Semasa membentangkan visi “Prominence 2020”pada 9 Mei 2014, FHI merancang inisiatif-inisiatif untuk membina struktur perniagaan yang kuat yang merangkumi tapak yang kuat di Asia Tenggara. Di sini, pemasangan Forester secara CKD memainkan peranan penting.