Tutup

Berita  | Drebar

Shell naik taraf kedai ‘Shell Select’ untuk kepuasan pelanggan


Shell berazam mahu memberi pengalaman pembelian runcit yang terbaik untuk pelanggannya dengan melancarkan konsep runcit terbaharu kedai Shell Select mereka. Konsep ini adalah seiring dengan program tiga-tahun ‘Welcome to Shell’ yang dimulakan syarikat tersebut.

Kedai Shell Select pertama yang menawarkan pengalaman baharu ini terletak di Damansara Jaya, serta akan dikembangkan ke semua stesen Shell yang utama. Antara perubahan yang dapat dirasai adalah premis lebih bersih, ceria beserta dengan suasana yang mesra pengguna. Selain itu kedai Shell mahu dianggap sebagai lokasi sesuai untuk berehat daripada pemanduan sambil menikmati jamuan yang ada.

Di stesen Damansara Jaya, terdapat francais donut Krispy Kreme, kedai jus Boost Juice selain deli2go yang menyediakan pastri dan kopi.
Shell juga menyediakan kemudahan Wifi percuma dan surau bagi mereka yang beragama Islam.

Tambah baik untuk kedai Shell Select ini bermula berdasarkan kajian pasaran yang dilakukan Shell yang antara lain menunjukkan sekurang-kurangnya 90% daripada pelanggan menyatakan yang ruang untuk mereka duduk berehat di dalam kedai adalah sesuatu yang penting.

Shell merancang untuk menambah baik sehingga 30 stesen mereka sebelum hujung tahun, setiap satunya menerima perubahan unik berdasarkan keperluan pelanggan, termasuk hidangan disediakan.
100 buah stesen lagi akan diperbaiki untuk menyediakan format kedai baharu dengan rekaan moden.