Berita  | Drebar

Proton tawarkan pemeriksaan 30-poin percuma


Sempena cuti panjang menjelang perayaan tahun Baru Cina nanti, Proton Holdings hendak memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna Proton sewaktu balik kampung. Bagi pemilik kereta Proton, anda dijemput mengambil kesempatan untuk menerima servis penyelengaraan 30-poin secara percuma di semua pusat servis Proton Edar di serata Malaysia.
Tawaran ini sudah bermula dan sah sehingga 31 Mac 2016. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis, masih boleh lakukannya setelah sampai di kampung halaman atau destinasi dituju.

Pemeriksaan 30-poin antara lain meliputi pemeriksaan brek, pengelap cermin hadapan, klac, penyerap hentak dan juga bateri. Diskaun 20% akan diberikan untuk alat ganti terpilih.