Berita  | Drebar

Promosi Renault Captur – sekarang hanya RM117,200


TC Euro Cars (TCEC) sedang mengadakan kempen jualan yang baharu untuk crossover urban  Renault Captur di mana ia sekarang ditawarkan pada harga RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

“Maklum balas penguna tempatan terhadap Captur sangat menggalakkan. Justeru, harga promosi istimewa ini bertujuan merancakkan lagi permintaan ke atas crossover yang berkuasa dan bergaya ini. Captur ialah salah sebuah model Renault yang paling popular di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Di peringkat global, lebih 500,000 unit Captur telah terjual sejak diperkenalkan; dan ia juga adalah SUV kompak paling laris di Eropah sejak 2013.
Renault Captur dikuasakan oleh enjin TCe 120 dengan pengecas tubo yang baru. Ia dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan yang bukan sahaja menawarkan prestasi sama seperti enjin 1.8 liter tradisional, malah mampu menawarkan pecutan pada putaran enjin yang rendah. Pada masa yang sama, crossover ini mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4L/100km.

Ia juga hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun daripada pengilang dan disokong sepenuhnya oleh Renault.

Mulai 9 hingga 13 Mac, TCEC akan mengadakan siri jelajah di Lower Ground, Oval, pusat membeli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Selangor untuk mempamerkan rangkaian lengkap kenderaan Renault Captur.