Tutup

Berita  | Drebar

Program pemanduan DSFL oleh Ford aktif mendidik


Program keselamatan jalan raya dan pemanduan defensif DSFL (Driving Skills for Life) ataupun ‘Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup’ anjuran Ford Motor Company telah baru-baru ini dijalankan untuk para penuntu di German Malaysian Institute and Taylor’s University.

“Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup merupakan satu program latihan amali yang direka untuk membantu para pemandu mendapatkan kemahiran-kemahiran penting agar kekal selamat di atas jalan raya. Ini amat penting terutama buat pemandu yang baru mendapat lesen memandu seperti pelajar-pelajar universiti,” kata pengarah urusan Malaysia dan pasaran membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menujukkan bahawa 80 peratus kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian manusia. Dari program ini, ia antara lain mengajar peserta pengetahuan penting yang berkaitan agar dapat membuat keputusan yang bijak ketika memandu. Seterusnya ia diharap dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan.
Sesi DSFL bermula di dalam bilik darjah di mana para peserta belajar tentang pelbagai topik termasuklah kawalan stereng, masalah under-steer dan over-steer, sehinggalah tip-tip memandu di lebuh raya serta ketika hujan.

Para peserta juga belajar mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dengan memakai kelengkapan yang direka khas untuk mensimulasi pengalaman memandu ketika pergerakan, koordinasi dan kepekaan adalah terhad. Mereka kemudian menjalani sesi pemanduan secara amali untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

DSFL merupakan program utama tanggungjawab korporat sosial (CSR) global Ford. Di Asia, Ford DSFL telah dilaksanakan dengan jayanya untuk melatih pemandu yang sudah mempunyai lesen dari semua peringkat umur. Selain Malaysia, latihan DSFL turut diadakan di China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.


Tag: Ford,