Tutup

Berita  | Drebar

PLUS berikan cadangan waktu perjalanan cuti Thaipusam


Menjelang hujung minggu panjang bersempena perayaan Thaipusam, pihak Lebuhraya PLUS ingin menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan.

TTA yang dicadangkan mereka bermula pada 22 hingga 25 Januari 2016.
PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 15 peratus iaitu sebanyak 1.5 juta kenderaan sehari pada waktu puncak menjelang cuti perayaan Thaipusam berbanding hari biasa iaitu sebanyak 1.3 juta kenderaan.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat trafik terkini boleh menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000. Selain itu, info yang sama boleh didapati daripada lama Twitter PLUSTrafik atau aplikasi ‘PLUS Mobile’ yang boleh dimuat turun ke peranti pengguna.
(Klik untuk imej penuh)





Tag: PLUS, lebuhraya, TTA,