Berita  | Drebar

Nissan perkenalkan model X-Trail dengan tambahan kit Impul


SUV Nissan X-Trail sekarang boleh dibeli lengkap dengan kit talaan Impul yang diperkenalkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Kit daripada Impul ini merangkumi skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi Aura SX-50 bersaiz 18” bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat.
Turut tersedia adalah gegelung spring khas yang merendahkan ketinggian SUV ini sebanyak 30mm, sekaligus memberi kualiti pemanduan yang lebih lincah. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut.

Ada dua varian X-Trail Impul yang boleh dipilih pembeli – 2.5L 4WD Premium Impul berharga RM172,516.42; selain 2.0L 2WD Premium Impul pada harga  RM149,715.05 (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

Pembeli juga boleh membeli komponen-komponen daripada kit Impul ini secara berasingan:
  Komponen   Harga
  Aerokit (spoiler hadapan, belakang dan skirting   RM5,300
  Spring Impul   RM1,060
  Aloi 18” Aura SX-50 18” (4 unit)   RM5,830
  Tayar Continental MaxContact MC5 (4 biji)   RM2,756
  Visor Pintu   RM424
  Plat Pemijak Kaki LED   RM530
  Jumlah   RM15,900