Berita  | Drebar

MINI Malaysia perkenalkan program jaminan empat tahun


MINI Malaysia hari ini mengumumkan program Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma untuk semua MINI yang didaftarkan mulai 1 Januari 2016.

Program jaminan dan servis baharu ini menawarkan perlindungan tambahan selepas tahun ketiga pemilikan, di mana jaminan yang disokong oleh pengeluar akan diteruskan ke tahun keempat dengan jarak perbatuan tanpa had.
Bukan itu sahaja, program ini turut merangkumi servis berjadual dan penyelenggaraan secara percuma sehingga 60,000km berdasarkan kepada sistem Condition Based Service (CBS) pada MINI berkenaan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan pada Disember 2015, MINI Malaysia menawarkan satu pakej istimewa untuk pelanggan menaik taraf daripada pakej MINI Service Inclusive FIX selama 3 tahun/50.000km kepada program Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma yang baru. Pakej yang dinaik taraf ini akan merangkumi program servis penuh daripada pakej jaminan sebelum ini, yang turut meliputi pad brek, cakera brek dan penggilap cermin.

Hak menikmati jaminan ini turut tertakluk kepada beberapa faktor, seperti rekod servis berjadual yang lengkap bersama mana-mana pengedar sah MINI di seluruh negara.

Tag: MINI,