Berita  | Drebar

Litar Sepang ditutup sementara untuk kerja-kerja naik taraf


Litar Sepang (SIC) akan menutup kemudahan yang disediakan bermula daripada 15 Februari sehingga 8 Mei untuk kerja-kerja penurapan semula dan naik taraf litar. Mengikut pihak SIC, langkah ini diperlukan untuk terus mendapat penarafan sebagai litar Gred 1 dan Gred A masing-masing daripada FIA dan FIM. Seterusnya, ini membolehkan litar Sepang terus menjadi tuan rumah kepada perlumbaan-perlumbaan kelas dunia seperti Formula 1 dan MotoGP.
Selain daripada permukaan baharu bagi litar sepanjang 5.54km ini, sistem perparitan juga akan diperbaiki selain daripada naiktaraf kepada bebendul tepi (kerb) dan kawasan keselamatan (run-off).

Tag: Sepang, trek,