Tutup

Berita  | Drebar

Konsep Faraday Future akan muncul tidak lama lagi

Tinggal hanya sejam sebelum syarikat kereta baharu dan beroperasi dalam keadaan ‘rahsia’ Faraday Future akan menampilkan sebuah model konsep yang telah mereka kongsikan sedikit melalui laman sosial seperti di bawah. Upacara ini nanti akan dijalankan di pameran CES yang sedang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
 

Our concept is set to reveal in 5 days at #CES2016. Watch live at 8pm PST on Jan 4 on faradayfuture.com.

A video posted by Faraday Future (@faradayfuture) on


Berdasarkan klip pendek tersebut, memang banyak persoalan yang timbul. Tetapi yang kita tahu, Faraday Future adalah sebuah syarikat yang dimulakan oleh beberapa bekas eksekutif penting daripada Tesla. Seperti yang diketahui ramai Tesla adalah syarikat automobil yang khusus menghasilkan model-model EV (kereta elektrik) dan mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Jadi apa sahaja yang Faraday Future usahakan kemungkinan besar adalah dengan sasaran tinggi, walaupun dirahsiakan – dan walaupun ia buat masa ini tidak lebih daripada sebuah konsep.
Cuma dalam kerahsian mereka, nampaknya ada pihak yang mungkin telah membuat kesilapan. Ada individu-individu telah menyedari tentang sebuah aplikasi Faraday Future yang menampilkan kereta konsep tersebut setelah dimuat naik ke 'app store'; namun ia telah ditarik balik tidak lama selepas itu barangkali setelah ralat tersebut disedari.



Nasib baik applikasi tersebut masih dapat dilihat melalui appshopper dan jika benar, konsep yang bakal dilancarkan memang cukup menarik.

Ada mengatakan yang kereta ini bakal mempunyai sehingga 1,000hp, tetapi itu tidak lebih andaian dan khabar angin. Jika benar, kita tidak pasti sama ada ia dihasilkan sepenuhnya daripada enjin hybrid, ataupun sepenuhnya daripada motor elektrik. Kita tunggu sahaja.