Tutup

Berita  | Drebar

Hyundai Motor paparkan lakaran luar serta kabin Ioniq

Sudah menjadi kebiasaan bagi kereta yang lebih mesra alam sekitar untuk mendapat rekaan yang moden (dan sedikit pelik. Rujuk kepada Toyota Mirai). Ini untuk menekankan lagi keunikan yang ada, terutamanya dari segi penghasilan/storan tenaga tidak kira bateri ataupun sel bahan api (fuel cell).

Hyundai Ionic yang hanya akan dilancarkan pada akhir bulan ini pula nampaknya kelihatan lebih konvensional, dengan imbangan yang bagus antara rekaan moden dan terlalu futuristik – itupun jika hanya berdasarkan kepada lakaran awal Ioniq yang dikeluarkan tempoh hari.

Lakaran-lakaran tersebut adalah yang paling terperinci setakat ini buat kereta yang sudahpun boleh ditempah, khas bagi pembeli di beberapa negara terpilih (yang tidak termasuk Malaysia).
Hyundai Ioniq ini boleh dipasang dengan salah satu daripada tiga sumber pacuan berkecekapan tinggi – elektrik sepenuhnya (BEV), enjin petrol+hibrid ‘plug-in’ (PHEV); petrol+hibrid (hibrid).

Hyundai Motor mempunyai objektif agar Ioniq ini dikenali sebagai jentera hibrid dengan kecekapan bahan api yang terbaik di dunia.

Model terbaharu daripada Hyundai ini akan membuat kemunculan global pada hujung bulan ini di Korea. Kemudiannya ia akan dipamerkan kepada orang ramai di pameran kereta antarangsa Geneva dan pameran auto New York pada bulan Mac.