Berita  | Drebar

Harga Proton naik selepas Tahun Baru Cina?


Berikutan kenaikan harga kereta Proton seperti yang dilaporkan sebelum ini, ketua pegawai eksekutifnya, Dato’ Abdul Harith Abdullah mengesahkan bahawa langkah ini kemungkinan besar hanya akan berlaku hanya selepas perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari nanti.
Kenaikan yang bakal berlaku adalah kerana kenaikan harga barangan import. Seperti kata Dato’ Harith, “Nilai Ringgit sekarang lebih rendah berbanding setahun lalu dan ini memberi kesan kepada harga komponen diimport.”

Tambah beliau lagi, antara 20% hingga 30% daripada jumlah komponen sekarang diimport dari luar negara.

Pada sesi 9.00 pagi tadi, Ringgit diniagakan pada 4.4 untuk setiap Dollar USD.

Tag: Proton,