Tutup

Berita  | Drebar

Harga petrol Feb: RON95 turun 10 sen, RON97 turun 20 sen


Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

Harga diesel pula turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.
 
Sumber: Bernama