Berita  | Drebar

Harga kereta Proton naik antara RM312 hingga RM2,021


Proton telah mengesahkan bahawa harga semua model-model kenderaan yang dikeluarkan mereka akan dinaikan bermula 15 Februari 2015. Kadar kenaikan ini adalah antara RM312 sehingga RM2,021 mengikut varian model masing-masing.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum –sepertimana langkah sama yang telahpun dibuat beberapa jenama kereta lain di Malaysia – sebab kenaikan ini adalah kerana kejatuhan nilai Ringgit yang menyebabkan pembelian bahan mentah yang dibayar menggunakan mata wang asing menjadi semakin tinggi.

Proton mengatakan bahawa faktor ini telah memberi kesan kepada perolehan syarikat sejak Ogos 2015, walaupun langkah merendahkan kos operasi dan rasionalisasi telahpun bermula.
Senarai harga lengkap bagi kereta Proton dengan kenaikan ini akan dikeluarkan Proton menjelang 15 Februari nanti.

Bagi mereka yang akan membeli Proton pilihan mereka, promosi Tahun Baharu Cina yang sedang berjalan sekarang memberi anda kadar faedah serendah 2.8%. Skim bagi graduan pula melibatkan pembayaran bulanan serendah RM258 sebulan. Selain daripada itu beberapa model 2015 terpilih memberi rebat sebanyak RM6,200.

Pemilik Proton sedia ada yang ingin menaik taraf atau menukar kepada model Proton yang baharu pula akan layak mendapat ‘Loyalty Reward’ dengan rebat tunai RM3,000, di mana promosi ini akan tamat pada 31 mac 2016.

Tag: Proton,