Berita  | Drebar

Gelas ‘Gorilla’ tahan lasak akan digunakan pada Ford GT


Baru-baru ini Ford mengumumkan yang model Ford GT mereka akan menggunakan kaca hadapan jenis ‘Gorilla’ yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat Corning. Pasti ramai yang sudah mendengar mengenai gelas ini, cuma kemungkinan besar kerana ia lebih kerap digunakan pada peranti dan alat elektronik seperti telefon pintar. Mengikut Corning, gelas Gorilla sudah digunakan pada lebih 4.5 bilion buah peralatan daripada 40 jenama popular.

Sebagai sebuah supercar, Ford GT memang mendapat kelebihan daripada kualiti gelas Gorilla yang 32% lebih ringan berbanding gelas biasa dan tahan lasak. Gelas Gorilla ini juga akan digunakan sebagai penutup enjin.


Apakah itu gelas Gorilla?
Gelas biasa biasanya adalah dua lapisan gelas berbeza yang disatukan dengan lapisan termoplastik. Untuk gelas Gorilla pula, lapisan ini berbeza.

Tiga lapisan terlibat adalah gelas Gorilla dan termoplastik di bahagian dalam, manakala bahagian luar pula adalah gelas kapur soda. Hasilnya adalah struktur yang 25% hingga 50% lebih nipis dan pada waktu sama mempunyai kekuatan yang sama, atau lebih lagi, berbanding gelas laminasi biasa.

[Gelas biasa mempunyai ketabalan antara empat hingga enam milimeter. Gelas Gorilla pula hanya antara tiga dan empat milimeter]


Tag: Ford GT, Gorilla,