Berita  | Drebar

Ford Ranger tunjang kepada pencapaian jualan Ford di Malaysia


Ford melaporkan yang 792 unit kenderaan jenama tersebut telah dijual di Malaysia pada bulan Januari dengan kebanyakkanya terdiri daripada model pikap Ranger. Mengikut data mereka, sehingga 687 unit Ranger telah dijual.
Faktor prestasi, keselamatan, dan utilitinya selain daripada ciri-ciri moden menjadikan pikap ini pilihan pembeli. Dari segi keselamatan aktif dan pasif, enam beg udara beserta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Electronic Stability Control (ESC) dan Isofix banyak mempengaruhi keputusan pembeli.

Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) turut mengakui kemampuan Ford Ranger ini dengan penarafan maksimum lima bintang. Ranger turut menerima skor paling tinggi dari segi Perlindungan Penumpang Dewasa berbanding mana-mana trak pikap lain yang pernah diuji.

Dalam bulan-bulan mendatang, Ford akan melancarkan beberapa lagi model untuk memberi pilihan segmen lebih luas bagi pembeli. Antara model-model serba baharu yang dimaksudkan termasuk Mustang, Focus, Everest dan S-Max.

Tag: Ford, Ranger,