Tutup

Berita  | Drebar

Ferrari 335 S dengan badan buatan Scaglietti bernilai RM150 juta!


Awal bulan Februari lalu, sebuah Ferrari 335 S telah berjaya dilelong dengan harga €32,075,000 (lebih kurang RM150 juta!) di jualan Artcurial’s Salon Retromobile. Mengikut Ferrari, ini menjadikan 335 S yang menggunakan badan yang direka Carrozeria Scaglietti tersebut sebagai Ferrari kedua termahal yang pernah dijual. Juga, sembilan daripada sepuluh kereta yang paling bernilai di dalam dunia adalah buatan Ferrari.

Kereta 335 S yang dijual sebelum ini telah dimiliki pengumpul kereta lama yang agak terkenal, Pierre Bardinon. Mengikut kajian kami, beliau meninggal pada tahun 2012 dan pernah memiliki 50 Ferrari ikonik, termasuk empat buah yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans 24 jam.

Kereta RM150 juta dengan nombor casis 0674 ini pun pernah menyertai perlumbaan tersebut, tetapi hanya berjaya menduduki tempat ke-6 pada tahun 1957.

Ferrari 335 S ini mempunyai enjin 12-silinder yang menghasilkan output sekitar 365hp. Dikatakan bahawa kereta ini masih mempunyai keupayaan mekanikal yang tinggi dan mampu dibawa berlumba.
Itu semua menarik untuk dibaca, tapi paling menarik… RM150 juta!

Nak tahu kereta apa pula yang paling mahal? Ferrari 250 GTO Berlinetta yang berjaya dilelong di Monterey Car Week 2014 oleh pihak jurulelong Bonhams dengan harga $38,115,000 (lebih kurang RM160 juta!).

Sumber imej