Tutup

Berita  | Drebar

Dapatkan rebat RM10,000 dengan ‘Ford CNY Promo’


Menjelangnya musim perayaan memang satu waktu yang baik untuk membeli kenderaan idaman anda. Kali ini, Ford pula datang dengan ‘Ford CNY Promo’ yang menawarkan rebat sehingga RM10,000 untuk kenderaan Ford terpilih dari sekarang hingga 31 Mac.

Rebat sebanyak itu disertakan dengan setiap pembelian model Fiesta; setiap pembeli SUV kompak EcoSport pula mendapat rebat tunai RM5,000 manakala RM3,000 pula untuk pembelian Kuga.
Promosi ini turut meliputi bahagian pasca-jualan di mana pemilik yang datang dengan kenderaan masing-masing untuk mendapat penyelengaraan bagi Ford mereka akan menerima pemeriksaan 27 poin secara percuma. Ada juga diskaun 10% hingga 20% untuk kos tenaga kerja dan alat ganti. Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM300 akan menerima barangan eksklusif Ford. Tawaran ini sah dari sekarang sehingga 15 Februari.

Antara 16 hingga 24 Januari pula Ford turut mengadakan peraduan ‘Count The Kam’ di mana anda hanya perlu meneka jumlah buah limau mandarin yang diletakkan di dalam sebuah EcoSport, rakam selfie dengan kereta dan muat naik ke laman Facebook Ford Malaysia di www.facebook.com/Ford Malaysia untuk peluang memenangi 200,000 AirAsia Big Points.

Orang ramai juga boleh memilih untuk turut serta dengan terus meneka daripada foto yang dimuat naik oleh Ford di laman tersebut.


Tag: Ford, Sime Darby,