Tutup

Berita  | Drebar

Bagaimana hendak 'sorokkan' sebuah kereta yang jelas kelihatan?


Mungkin ramai yang pernah melihat kereta-kereta model baharu yang sedang dalam proses pembangunan yang penuh dibalut pelekat pelik disekelilingnya. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya apa pentingnya pelekat ini.

Seperti yang diterangkan oleh beberapa jurutera Ford di dalam video di bawah, penggunaan pelekat ini amat penting untuk menyembunyikan perincian rekaan model baharu yang sedang diusahakan. Pihak syarikat memang tiada pilihan lain, memandangkan kereta-kereta ini perlu diuji di atas jalan raya biasa dan pasti mudah dilihat oleh orang awam. Oleh itu, rekaan pada pelekat-pelekat ini memang direka untuk mengelirukan pandangan orang kepada rekaan sebenar.

Kepentingan untuk menjadikan rekaan kereta lebih sukar untuk dikenalpasti menjadi lebih genting sekarang kerana hampir semua orang mempunyai kamera disampingnya (kamera di telefon, sebagai contoh), dan penyebaran imej begitu mudah di alam maya.
Tambah lagi untuk Ford, rekaan adalah faktor kedua terpenting selepas kecekapan penggunaan bahan api yang diambil kira pelanggan untuk membuat pembelian. (Namun, ia keempat terpenting dari segi keseluruhan industri)

Dahulu, plat vinil dilekat untuk menutup kereta tetapi amalan ini sudah jarang digunakan lagi kerana ia sukar hendak dipasang. Tambahan lagi, pelekat seperti ini boleh digunakan untuk semua model dan tidak perlu dihasilkan khusus bagi sesebuah model di dalam pembangunan. Pelekat juga lebih ringan serta tidak menjejaskan kualiti aerodinamik asal kenderaan.



Tag: Ford,