Tutup

Berita  | Drebar

895 Mitsubishi Lancer (2004-2006) mempunyai beg udara bermasalah

Ini pun ‘recall’ juga, ataupun kempen panggil-semula yang baharu sahaja dimulakan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang melibatkan 895 unit Mitsubishi Lancer JT (khususnya yang dihasilkan antara September 2004 sehingga April 2006).

Apa yang menjadi perhatian adalah pengembung beg udara (air bag inflator)  yang perlu diganti kerana didapati beberapa beg udara belah penumpang boleh melepaskan serpihan besi apabila ia berfungsi, seterusnya mengakibatkan kecederaan kepada penumpang.

Pihak MMM akan mengutus surat pemberitahuan kepada pemilik-pemilik Mitsubishi Lancer yang terlibat; semua kos penggantian beg udara kepada yang baharu akan ditanggung oleh syarikat.
Pemilik kemudian perlu membuat temujanji di mana-mana pusat servis Mitsubishi Motor yang sah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my.